| Salah satu 'saat' yang sangat nikmat dalam hidup ini ialah 'saat-saat' dapat menangis kerana mengadu pada-Nya. Tak caye...cubalah:) |
Duhai mata yang sedang menangis...
Mungkin tika ini kau sedang bahagia.
Mungkin juga kau sedang berdukacita.
Apapun situasimu, air mata yang menggenangi kelopak matamu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah kepada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.
Kenapa menganggap semua tangisan itu satu kelemahan?
Kenapa menganggap semua tangisan itu satu kelemahan?
Kenapa menganggapnya satu lambang ketidak matangan?
Bukankah Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya:
"Dan mereka menyungkur (sujud) di atas mula bumi mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" (Surah al-Isra':109)"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis." (Surah Maryam: 58)
Duhai mata yang sedang menangis...
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya.
Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa.
Subhanallah!hebat sungguh penciptaan air mata.
Duhai mata yang sedang menangis...
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu ada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.
Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan?
Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala (bukan semuanya) perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.
Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.
Tahukah dikau, penyayangnya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.
Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki (Rujuk statistik). Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil. (Prof. Muhaya, betul tak?)
Duhai mata yang sedang menangis...
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarang untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.
Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam yang Esa:"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah"(Riwayat Ahmad dan Nasai).
i'm becoming weak...very weak...O Allah, thank you for all the 'hurts' You give me...I learn...I try to change for better...I learn through all the 'suffer'...thank you for give me the chances to have a taste of it...
